Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, kebebasan hakim untuk melaksanakan tugas mereka harus dipertahankan.

Menurutnya, meskipun kerajaan melakukan transformasi termasuk terhadap badan kehakiman namun konsep pengasingan kuasa masih kekal, dengan hakim seharusnya bebas untuk membuat keputusan.

Untuk jam ini, kami ingin membincangkan lebih lanjut kepentingan melindungi Insititusi Kehakiman Negara serta pengasingan kuasa antara badan kehakiman dan cabang-cabang lain.

Bersedia bersama saya Dr Noorfajri Ismail, Pensyarah Pengajian Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USM)